Sunday, August 15, 2010

minggu 6

KAEDAH PENILAIAN BAHASA

1. Penilaian Melalui Porfolio

  • Portfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
  • Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.

Tujuan Portfolio
Tujuan portfolio ialah untuk :
  • Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
  • Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.
  • Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.

Kegunaan Portfolio
  • Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
  • Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
  • Menilai secara sumatif pembelajaran.
  • Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar.

Ciri-ciri Portfolio
  • Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
  • Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
  • Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
  • Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
  • Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.

Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.
  • Portfolio Kerja Harian
  • Portfolio Hasil Terbaik
  • Portfolio Dokumen

Bagaimana Menilai Portfolio?
  • Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran-kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.
  • Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini.
  • Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar.
  • Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.

Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio
  1. Sesebuah portfolio mengandungi:
  2. Senarai semak yang disediakan oleh guru
  3. Nota-nota yang disediakan oleh guru
  4. Catatan jurnal
  5. Buku log
  6. Refleksi kendiri murid
  7. Gambar dan foto


Kebaikan Penilaian Portfolio

  1. Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
  2. Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
  3. Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
  4. Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.

2. Penilaian Melalui Pemerhatian.

  • Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.

6.5.1 Jenis Pemerhatian

Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:

  • Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.
  • Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.
  • Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.

6.5.2 Strategi Pemerhatian

  • Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.
  • Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.
  • Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.
  • Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.

Pelaksanaan Proses Pemerhatian

Beberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.

Antaranya ialah:

  • Kualiti Pemerhatian
  • Bentuk Perancangan
  • Jenis-jenis Pemerhatian

Fungsi Pemerhatian

  • Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.
  • Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.
  • Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek.

Rumusan.

Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakan tetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara ini biasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai, pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan, dan sikap bias serta prasangka penilai.



MINGGU 5

JENIS PENILAIAN BAHASA


Ujian Formatif dan Sumatif

Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujian kefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antara ujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.

1. Ujian Formatif

Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuan utama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.

2. Ujian Sumatif

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa

Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian Sumatif

Ujian Formatif

Perbezaan

Ujian Sumatif

1. maklum balas kepada pelajar dan guru : kemajuan & kelemahan

Fungsi

1. pensijilan atau pengredan

2. Sepanjang pengajaran

Masa

2. Pada akhir unit/kursus

3. Kognitif, Psikomotor, Efektif

Penekanan

3. Kognitif

4. Terhad kepada tugasan

Sifat

4. Beraneka Jenis

5. Berubah-ubah

Kesukaran

5. Senang - Susah

6. Dibentuk Khas

Alat

6. Peperiksaan akhir tahun

7. Rujukan Khas

Jenis Rujukan

7. Rujukan Norma

3. Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan

· Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.

· Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid- murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.

· Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.

· Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.

· Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Nota tambahan

Ujian Bakat

· Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi
unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melalui
ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa
seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur
sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan
sebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti
murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu
bahasa dengan cepat.

Ujian Pencapaian

· Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya
sesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai
dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set
ujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.

Ujian Kefasihan

· Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang
dipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan
seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan
pengetahuan dan kebolehan mereka.

MINGGU 4

PEMBINAAN UJIAN

Berikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.

1. Ujian Objektif

  • Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Item Respons Bebas

i. Jenis soalan:

contoh:

a) Apakah lawan bagi perkataan culas? ( malas)

b) Apakah makna simpulan bahasa tangkai jering? (orang yang kedekut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan

contoh:

a) Kita mesti_______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.

b) Saya terpaksa________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul

Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau salah (S).Ada ketika guru menggunakan setuju (S)atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Item Padanan

Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan

KATA BILANGAN

CONTOH

1. Kata Adjektif Sifatan

A. Gadis comel itu anak Pak Zaini

2. Kata Adjektif Pancaindera

B. Budak rajin selalu dipuji

3. Kata Adjektif Bentuk

C. Jalan bengkok ke bandar itu telah ditutup

4. Kata Adjektif Perasaan

D. Dia amat sayang akan emaknya.

Item Aneka Pilihan

Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.

a. Item aneka pilihan berbentuk soalan

b. Jenis jawapan terbaik

c. Analogi

Item Jenis Cantuman

Teknik Kloz

· Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling sesuai menurut makna keseluruhan teks.

2. Soalan Subjektif

  • Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-

a. Item Jenis Struktur

b. Item Jenis Esei

c. Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian

Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:

i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)

a. Kesalahan Isi

b. Kesahan Ramalan

c. Kesahan Serentak

d. Kesahan Gagasan

ii. Kebolehpercayaan Ujian

a. Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.